Isnin, 6 Mei 2013

Setia bersama Canon 500D

Posted by Norizwan Ruslan | Isnin, 6 Mei 2013 | Category: , , , | Comments

Assalammualaikum,
Bergambar adalah satu hobi saya apabila ada masa lapang, kadang-kadang mengikuti perkembangan mentor saya seperti aktiviti perkahwinan dan sebagainya.
Saya juga sangat meminati memanipulasi gambar, tiap-tiap hari apabila berada di rumah saya akan menghasilkan satu gambar.
Setiap hari saya melakukan aktiviti ini bagaikan ilusi, realiti dan fantasi. Semakin dekat di hati kamera lensa saya miliki ini, padahal kamera biasa jer. Canon 500D 18-55mm kit lens dan 50mm potrait lens.
Mentor saya adalah yang terbaik, beliau memiliki 1D Mark III Canon. Tahap otai dan professional lagi disegani. Beliau seorang photographer yang tidak kedekut ilmu baik hati prihatin dan paling best sekali tidak kedekut pinjam barang lensanya.
Walaupun kamera saya hanya 'basic entry level' sahaja ianya boleh dikendali seperti professional. Tidak penting pun kamera murah atau mahal yang penting ada skill, itu lah kata mentor saya.
Saya berpengalaman selama 3 tahun dan sedang belajar lagi kendali kamera canon ini.

Isnin, 18 Mac 2013

Projek Manipulasi gambar

Posted by Norizwan Ruslan | Isnin, 18 Mac 2013 | Category: , , , , , , , | Comments

Assalammualaikum W.B.T, Saya sekarang sibuk kemas kini dan menghasilkan gambar perkahwinan untuk rakan baik saya.

Dalam waktu yang sama tapi berbeza dalam hari, saya juga menghasilkan manipulasi gambar, baru sahaja 4 bulan mempelajarinya  sejak mulanya jadi seorang jurugambar.

saya mula berminat apabila tertarik dengan empayar Kuku Besi yang tersohor di Malaysia kini. Banyak saya pelajari daripada otai ini, tips yang sangat bermanfaat daripada FB beliau yang boleh dijadikan panduan.

saya baru sahaja menghasilkan manipulasi gambar anak saya Affan. Bagi yang tidak tahu gambar saya hasilkan adalah manipulasi semata-mata, bukan gambar sebenar.

Orang kata menjadi seorang jurugambar kini adalah tren baru dunia seni manipulasi gambar. Mungkin jarang yang boleh memanipulasi. Ia perlu imaginasi yang tinggi.

Hasil Gambar Manipulasi anak saya Affan.

Ahad, 10 Mac 2013

Contest kaca mata PapaMifz.com

Posted by Norizwan Ruslan | Ahad, 10 Mac 2013 | Category: , , , , , , , , , , | Comments

Assalammualaikum W.B.T. Di sini saya telah menyertai sebuah contest yang amat menarik dan simple sekali dianjurkan oleh PapaMifz.com. Walaupun lewat saya tahu mengenai contest, alhamdulillah saya berepeluang menyertai contest ini sebelum tarikh tutup 15 Mac 2013 ini..

Saya mula berminat memakai cermin mata hitam sejak saya mempunyai kereta pada tahun 2005. sambil memandu masalah penglihatan akan timbul di waktu siang dengan sinaran cahaya matahari.

Saya tidak suka memakai cermin mata hitam terlalu lama kerana ia membuat kan mata saya menjadi lesu, akibat ini membuat kan saya mengantuk apabila memandu. Mungkin sejuk penghawa dingin di dalam kereta. Untuk mengelakkan ianya berlaku saya memakai setiap 2 jam sekali untuk merehatkan mata.

Saya mempunyai bingkai dan kaca mata Rayban Aviator 3025 Gold Green saiz (L). Saya membeli produk ini melalui online, ianya tidak terlalu mahal, ada grade, ada UV Protected. Anda boleh cari di laman sini.

Ianya selesa dipakai, mempunyai kotak keras, kain pembersih. Kanta kaca mata tidak mudah calar dan mudah dibersihkan. Harganya tidak lah mahal sangat dan tidak lah murah sangat, hanya RM70.00 sahaja melaui online.

Pengalaman manis dan best sekali ketika saya berjalan di pantai teluk kemang Port Dickson, Pemandangan yang amat sesuai sekali dan selesa  dibawah sinaran cahaya matahari. Melihat ombak di laut bersinar-sinar seperti berlian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...