Jumaat, 14 Ogos 2009

Latar Belakang

Nama aku Norizwan Bin Ruslan dan lebih dikenali dengan nama wan. Aku merupakan pekerja awam kerajaan di Jabatan Polis DiRaja Malaysia (SMS) Shah Alam dan sudah lebih tahun aku berkhidmat ini. Aku bekerja sebagai Penjaga Jentera Elektrik. Aku mula menulis blog ini pada tahun 2005. Aku seorang yang bersikap rendah diri, aku menulis blog ini hanya kepuasan aku sendiri. Blog ini menceritakan tentang diri aku dan keluarga aku dan kadangkala aku menulis secara umum. Blog ini dipaparkan secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori.Blog ini adalah secara peribadi dan bebas.Semua gambar yang terdapat di laman ini adalah hak milik kami dan hak milik mereka yang sah. Aku bukan lah seorang penulis yang baik dan bagus seperti blogger-blogger yang lain dan aku bukan lah seorang penulis blogger sepenuh masa juga. Aku selalu meluangkan masa bersama isteri aku. Jadi Aku rasa saya patut minta maaf lebih awal jika saya lewat update entri terkini. Aku lebih fokus kepada perniagaan separuh masa aku sendiri dan keluarga aku sendiri. Kadang-kadang aku sedang pening pun aku menulis, kadang-kadang aku tidak tahu hendak tulis pun aku paksa menulis juga. Begitulah hakikatnya apabila aku mempunyai blog aku sendiri ini.
Laman ini memaparkan secara umum bahan-bahan artikel yang bervariasi memberikan pengetahuan, maklumat, berita, isu-isu agama,isu luar negara, cerita, nasihat, dan foto. Anda membaca di blog ini ibarat membaca sebuah buku. Kami tidak memaparkan isu-isu anti agama, fitnah kerajaan, skim cepat kaya dan perkara-perkara yang dilarang.

Mungkin ada antara anda telah menerima email artikel ini terlebih awal kebenarannya dan mungkin anda menerima yang sama tiada beza (bulat-bulat). Kami meletakkan email forward yang disampaikan pada saya untuk para pembaca yang bijaksana.